مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Tuesday 9 October 2012

hukum menyapu khuf dan hukum tayammum






( Fasal ) dan bermula sapu di atas dua khuf harus dengan 3 syarat :
1- bahawa memulai ia akan pakai keduanya kemudian daripada sempurna thoharahnya.
2- dan bahawa adalah keduanya























itu yang  menutup keduanya bagi tempat basuhan fardhu daripada dua kaki...
3- dan adalah keduanya daripada barang yang boleh berturut2 berjalan atas /dengan keduanya..

dan menyapu oleh orang yg bermukim selama sehari semalam dan orang musafir selama 3hari dengan malam2nya. dan bermula tempoh kiraan itu daripada ketika berhadas ia kemudian daripada memakai 2 khuf.. maka jika menyapu ia pada masa hadir kemudian musafir ia atau menyapu ia pada waktu musafir kemudian bermukim ia nescaya menyempurna ia akan sapuan itu akan sebagai sapuan orang bermukim ( ya'ni sehari semalam).
dan jadi batallah sapuan itu dengan 3 perkara :
1- dengan mencabut keduanya..
2- dengan habis tempoh sapu..
3- dengan barang yang mewajibkan mandi..

( Fasal )  dan bermula syarat2 tayammum itu 5 perkara :
1- ada keuzuran dengan sebab safar atau sakit









2- dan masuk waktu solat
3- dan menuntut / mencari akan air dan teruzur daripada mengguna akan ia
4- papa ia daripada mencarinya
5-  dan tanah yg suci hal keadaan ada baginya debu..
maka jika bercampur gaul akan dia oleh kapur atau pasir nescaya tidak memada..
dan bermula fardhu2nya itu 4 perkara :
1- niat
2- sapu wajah
3- sapu tangan hingga siku
4- tertib...

dan bermula sunat2nya itu 3 perkara :
1- membaca basmalah
2- dan mendahulukan yang kana atas yang kiri
3- dan berturut2..

dan bermula perkara yang membatalkan tayammum itu 3 perkara :













1- barang yang membatal ia akan wudhu
2- dan melihat air pada selain waktu/hal solat
3- dan murtad...

dan bermula orang yg berbalut/bersimen anggota wudhu nya boleh menyapu atas balutan itu dan bertayammum dan bersolat, dan tiada mungulang/mengganti atasnya jika meletak ia akan pembalut atas keadaannya bersuci..

dan bertayammum is bagi tiap2 solat fardhu..dan bersolatlah ia dengan tayammum yang satu akan banyak mana yg dia hendak daripada solat2 sunat..

Monday 8 October 2012

الفقه الشافعي: perkara yg membatalkan wudhu" dan perkara yg mewaj...

الفقه الشافعي: perkara yg membatalkan wudhu" dan perkara yg mewaj...: (ini suatu perceraian) dan bermula yang membatalkan wudhu" itu 6 perkara iaitu barang yang keluar daripada 2 jalan qubul dan dubur , dan ...

perkara yg membatalkan wudhu" dan perkara yg mewajibkan mandi

(ini suatu perceraian)
dan bermula yang membatalkan wudhu" itu 6 perkara iaitu barang yang keluar daripada 2 jalan qubul dan dubur , dan tidur atas ketiadaan kelakuan  tetap , dan hilang aqal dengan sebab mabuk atau sakit , dan sentuh lelaki akan perempuan ajnabi(asing)

















daripada tiada pelapik/pendinding , dan sentuh kemaluan anak adam dengan tapak tangan , dan sentuh halqah duburnya atas qaul yg baru..

(ini suatu perceraian)
dan bermula yang mewajibkan mandi itu 6 perkara iaitu : 3 bersekutu











padanya oleh lelaki dan perempuan dan iaitu bertemu dua khitan dan mengeluarkan mani














dan mati.. dan 3 yang lain tertentu dengan perempuan sahaja dan iaitu haid dan nifas dan wiladah.

(ini suatu perceraian)
dan bermula fardhu mandi itu 3 perkara : niat dan menghilangkan











najis jika ada ia atas badannya dan mempersampaikan air kepada sekalian bulu2 dan kulit..
dan bermula sunat2nya itu 5 perkara : membaca basmalah dan berwudhu sebelumnya dan memperlalukan tangan atas jasad dan berturut2 dan mendahulukan kanan
















atas kiri.
(ini suatu perceraian)
dan bermula mandi2 yang disunatkan itu 17 mandi : mandi jumaat dan mandi 2 hari raya dan mandi minta hujan dan mandi gerhana matahari dan bulan



dan mandi daripada mandikan mayat dan mandi orang kafir apabila telah islam ia dan orang gila dan orang pitam  apabila sedar keduanya dan mandi ketika ihram dan kerana masuk













makkah dan kerana wukuf (berhenti) di 'arafah dan kerana bermabit (bermalam) di muzdalifah dan kerana melontar 3 jamarah dan kerana tawaf dan sa'ie dan kerana masuk madinah rasuluLLAH saw..







الاستنجاء

ini suatu perceraian..
dan bermula istinja" itu wajib daripada kencing dan berak. dan bermula yang terlebih utama bahawa beristinja" dengan beberapa biji batu kemudian memperikutkan akan dia dengan air. dan harus bahawa mengurang ia atas air atau atas 3 ketul batu yang membersihkan dengan 3 batu itu akan tempat itu. maka apabila menghendaki ia akan mengurang atas salah satu daripada keduanya maka bermula air itu terlebih utama..


















 dan menjauhi ia akan menghadap qiblat dan membelakanginya pada padang.. dan menjauhi ia akan kencing dan berak pada air yang tenang dan dibawah pokok














 yang berbuah dan pada jalan dan bayang/teduahan dan lubang dan tidak bercakap2 atas keadaan kencing dan berak dan tidak menghadap matahari dan bulan dan tidak membelakangi keduanya