مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Tuesday 9 October 2012

hukum menyapu khuf dan hukum tayammum






( Fasal ) dan bermula sapu di atas dua khuf harus dengan 3 syarat :
1- bahawa memulai ia akan pakai keduanya kemudian daripada sempurna thoharahnya.
2- dan bahawa adalah keduanya























itu yang  menutup keduanya bagi tempat basuhan fardhu daripada dua kaki...
3- dan adalah keduanya daripada barang yang boleh berturut2 berjalan atas /dengan keduanya..

dan menyapu oleh orang yg bermukim selama sehari semalam dan orang musafir selama 3hari dengan malam2nya. dan bermula tempoh kiraan itu daripada ketika berhadas ia kemudian daripada memakai 2 khuf.. maka jika menyapu ia pada masa hadir kemudian musafir ia atau menyapu ia pada waktu musafir kemudian bermukim ia nescaya menyempurna ia akan sapuan itu akan sebagai sapuan orang bermukim ( ya'ni sehari semalam).
dan jadi batallah sapuan itu dengan 3 perkara :
1- dengan mencabut keduanya..
2- dengan habis tempoh sapu..
3- dengan barang yang mewajibkan mandi..

( Fasal )  dan bermula syarat2 tayammum itu 5 perkara :
1- ada keuzuran dengan sebab safar atau sakit









2- dan masuk waktu solat
3- dan menuntut / mencari akan air dan teruzur daripada mengguna akan ia
4- papa ia daripada mencarinya
5-  dan tanah yg suci hal keadaan ada baginya debu..
maka jika bercampur gaul akan dia oleh kapur atau pasir nescaya tidak memada..
dan bermula fardhu2nya itu 4 perkara :
1- niat
2- sapu wajah
3- sapu tangan hingga siku
4- tertib...

dan bermula sunat2nya itu 3 perkara :
1- membaca basmalah
2- dan mendahulukan yang kana atas yang kiri
3- dan berturut2..

dan bermula perkara yang membatalkan tayammum itu 3 perkara :













1- barang yang membatal ia akan wudhu
2- dan melihat air pada selain waktu/hal solat
3- dan murtad...

dan bermula orang yg berbalut/bersimen anggota wudhu nya boleh menyapu atas balutan itu dan bertayammum dan bersolat, dan tiada mungulang/mengganti atasnya jika meletak ia akan pembalut atas keadaannya bersuci..

dan bertayammum is bagi tiap2 solat fardhu..dan bersolatlah ia dengan tayammum yang satu akan banyak mana yg dia hendak daripada solat2 sunat..

No comments:

Post a Comment