مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Monday, 8 October 2012

perkara yg membatalkan wudhu" dan perkara yg mewajibkan mandi

(ini suatu perceraian)
dan bermula yang membatalkan wudhu" itu 6 perkara iaitu barang yang keluar daripada 2 jalan qubul dan dubur , dan tidur atas ketiadaan kelakuan  tetap , dan hilang aqal dengan sebab mabuk atau sakit , dan sentuh lelaki akan perempuan ajnabi(asing)

















daripada tiada pelapik/pendinding , dan sentuh kemaluan anak adam dengan tapak tangan , dan sentuh halqah duburnya atas qaul yg baru..

(ini suatu perceraian)
dan bermula yang mewajibkan mandi itu 6 perkara iaitu : 3 bersekutu











padanya oleh lelaki dan perempuan dan iaitu bertemu dua khitan dan mengeluarkan mani














dan mati.. dan 3 yang lain tertentu dengan perempuan sahaja dan iaitu haid dan nifas dan wiladah.

(ini suatu perceraian)
dan bermula fardhu mandi itu 3 perkara : niat dan menghilangkan











najis jika ada ia atas badannya dan mempersampaikan air kepada sekalian bulu2 dan kulit..
dan bermula sunat2nya itu 5 perkara : membaca basmalah dan berwudhu sebelumnya dan memperlalukan tangan atas jasad dan berturut2 dan mendahulukan kanan
















atas kiri.
(ini suatu perceraian)
dan bermula mandi2 yang disunatkan itu 17 mandi : mandi jumaat dan mandi 2 hari raya dan mandi minta hujan dan mandi gerhana matahari dan bulan



dan mandi daripada mandikan mayat dan mandi orang kafir apabila telah islam ia dan orang gila dan orang pitam  apabila sedar keduanya dan mandi ketika ihram dan kerana masuk













makkah dan kerana wukuf (berhenti) di 'arafah dan kerana bermabit (bermalam) di muzdalifah dan kerana melontar 3 jamarah dan kerana tawaf dan sa'ie dan kerana masuk madinah rasuluLLAH saw..







No comments:

Post a Comment