مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Saturday 22 June 2013

باب الحيض و النفاس و الاستحاضة


FASAL

dan keluar daripada faraj 3 jenis darah : 1-darah haid 2-darah nifas 3-darah istihadhoh (penyakit).

maka bermula darah haid iaitu darah yang keluar ia daripada faraj perempuan atas jalan sihat daripada selain sebab darah beranak. dan warnanya itu hitam menyala yang menyakitkan/mencucuk2.












dan bermula nifas iaitu darah yang keluar ia mengiringi beranak.

dan bermula darah istihadhoh iaitu darah yang keluar pada selain hari2 haid dan nifas.

dan sekurang-kurang haid itu sehari semalam dan sebanyak-banyaknya 15 hari dan kebiasaannya 6 atau 7 hari.

dan sekurang-kuran nifas sekelip mata/seperludahan dan sebanyak-banyaknya 60 hari dan kebiasaannya 40 hari.

dan bermula sekurang-kurang suci antara dua haid itu 15 hari dan tiada had bagi banyaknya.

dan sekurang-kurang masa yang keluar haid padanya oleh perempuan itu 9 tahun.

dan sekurang-kurang mengandung itu 6 bulan. dan sebanyak-banyaknya 4 tahun dan kebiasaannya

itu 9 bulan.

dan jadi haram dengan sebab haid dan nifas oleh 8 perkara : 1-solat dan 2-puasa dan 3-membaca alQuran dan 4-menyentuh alQuran/mushaf dan menanggungnya




















dan masuk dalam masjid dan tawaf dan bersetubuh dan beristimta' (bergalak2/mengambil kesedapan)























dengan barang yang diantara pusat dan lutut.

dan haramlah atas orang yang berjunub itu 5 perkara : iaitu 1-solat dan 2- membaca alQuran dan 3-menyentuh mushaf dan menanggungnya dan 4-tawaf dan 5-menunggu/duduk sebentar di dalam masjid.

dan haramlah atas orang yang berhadas oleh 3 perkara : 1-solat dan 2-tawaf dan 3-menyentuh/pegang mushaf dan menanggungnya.

و الله أعلم

No comments:

Post a Comment