مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Saturday 22 June 2013

باب الحيض و النفاس و الاستحاضة


FASAL

dan keluar daripada faraj 3 jenis darah : 1-darah haid 2-darah nifas 3-darah istihadhoh (penyakit).

maka bermula darah haid iaitu darah yang keluar ia daripada faraj perempuan atas jalan sihat daripada selain sebab darah beranak. dan warnanya itu hitam menyala yang menyakitkan/mencucuk2.












dan bermula nifas iaitu darah yang keluar ia mengiringi beranak.

dan bermula darah istihadhoh iaitu darah yang keluar pada selain hari2 haid dan nifas.

dan sekurang-kurang haid itu sehari semalam dan sebanyak-banyaknya 15 hari dan kebiasaannya 6 atau 7 hari.

dan sekurang-kuran nifas sekelip mata/seperludahan dan sebanyak-banyaknya 60 hari dan kebiasaannya 40 hari.

dan bermula sekurang-kurang suci antara dua haid itu 15 hari dan tiada had bagi banyaknya.

dan sekurang-kurang masa yang keluar haid padanya oleh perempuan itu 9 tahun.

dan sekurang-kurang mengandung itu 6 bulan. dan sebanyak-banyaknya 4 tahun dan kebiasaannya

itu 9 bulan.

dan jadi haram dengan sebab haid dan nifas oleh 8 perkara : 1-solat dan 2-puasa dan 3-membaca alQuran dan 4-menyentuh alQuran/mushaf dan menanggungnya




















dan masuk dalam masjid dan tawaf dan bersetubuh dan beristimta' (bergalak2/mengambil kesedapan)























dengan barang yang diantara pusat dan lutut.

dan haramlah atas orang yang berjunub itu 5 perkara : iaitu 1-solat dan 2- membaca alQuran dan 3-menyentuh mushaf dan menanggungnya dan 4-tawaf dan 5-menunggu/duduk sebentar di dalam masjid.

dan haramlah atas orang yang berhadas oleh 3 perkara : 1-solat dan 2-tawaf dan 3-menyentuh/pegang mushaf dan menanggungnya.

و الله أعلم

Thursday 20 June 2013

النجاسات : najis-najis

telah berkata oleh musonnifu rahimahuLLahu ta'ala..

FASAL

Dan tiap-tiap yang cair yang keluar ia daripada 2 jalan (qubul & dubur) itu najis melainkan mani.




















dan bermula membasuh semua kencing dan tahi itu wajib melainkan kencing budak lelaki (tidak sampai 2 tahun) yang xpernah makan makanan maka sesungguhnya  jadi suci ia dengan merenjiskan air atasnya.

dan tidak dimaafkan daripada sesuatu daripada najis-najis melainkan sedikit darah dan sedikit nanah dan barang yang telah mati yang tidak ada benda mengalir dari jasadnya apabila jatuh ia didalam bekas dan mati ia dalamnya maka sesungguhnya tidak menjadikan ia (barang) akan ia (air) najis..

dan bermula haiwan semuanya itu suci melainkan anjing dan babi dan barang yang terberanak




daripada keduanya atau daripada salah satu daripada keduanya. dan bermula bangkai semuanya itu najis melainkan ikan dan belalang dan anak adam.

dan dibasuh akan bekas itu daripada jilatan anjing dan babi sebanyak tujuh kali salah satu daripadanya dengan tanah. dan dibasuh akan dia daripada sekalian yang tinggal daripada najis sekali lalu atasnya. dan 3 kali terlebih baik.

dan apabila jadi cuka oleh arak dengan sendirinya nescaya jadi suci ia. dan jika dijadikan cuka akan dia










dengan mencampakkan sesuatu kedalamnya nescaya tidak suci ia.

Wednesday 19 June 2013

حد تارك الصلاة - hukuman orang yang meninggalkan solat


FASAL

dan bermula orang yang meninggalkan solat itu atas 2 bagai.
satu daripada keduanya bahawa meninggal ia akannya (solat) hal keadaannya tidak ber'itiqad bagi wajibnya (solat) maka bermula hukumnya itu hukum bagi orang yang murtad.
yang kedua bahawa meninggal ia akannya kerana malas hal keadaannya ber'itiqad bagi wajibnya maka disuruh bertaubat akan dia. maka jika bertaubat dan solat ia maka lepaslah ia. dan jika tidak bertaubat dan solat maka dibunuh akan dia sebagai hukuman atas meninggal ia akan perkara fardhu. dan adalah hukumnya itu hukum




bagi orang-orang islam..

و الله أعلم

حد المرتد - hukum orang murtad

FASAL

dan barang siapa yang telah murtad/keluar ia daripada islam nescaya disuruh bertaubat akan dia tiga kali. maka jika taubat ia lepaslah ia dan jika tidak bertaubat ia nescaya dibunuh akan dia, dan tidak dimandi akan dia dan tidak disolat atasnya dan tidak dikafan akan dia



















dalam perkuburan orang-orang islam.

و الله أعلم

Sunday 16 June 2013

البغاة و أحكامهم (orang yang engkar/lawan pemerintah yang adil dan membunuh orang islam)




FASAL

Dan diperangi akan orang2 engkar(pemberontak) dengan 3 syarat : bahawa


























adalah mereka itu dalam penentangan , dan bahawa keluar mereka daripada pemerintahan/kekuasaan imam/ketua ,

























dan bahawa adalah bagi mereka itu andaian/ta'wil yang mengharuskan (syubhah yang boleh diterima pakai).

dan tidak dibunuh akan tawanan mereka dan tidak
























dighanimahkan harta mereka (dijadikan harta rampasan perang) dan tidak disempurnakan akan bunuh atas orang yang cedera daripada mereka.

والله أعلم

Friday 14 June 2013

حد قاطع الطريق




FASAL

Dan bermula  penyamun2 jalan itu atas 4 bahagi : jika membunuh dan tidak mengambil harta nescaya dibunuh akan mereka. Maka jika membunuh dan mengambil mereka akan harta nescaya dibunuh dan digantung atas kayu. Dan jika mengambil mereka akan harta dan tidak membunuh nescaya dipotong akan tangan2 mereka dan kaki2 mereka secara bersilang. maka jika menakuti oleh mereka akan jalan dan tidak mengambil akan harta dan tidak membunuh nescaya di tahan dan didenda akan mereka dengan pukul atau seumpamanya..


















dan barang siapa yang taubat daripada mereka sebelum jatuh hukum atas mereka nescaya gugur daripadanya oleh had2 dan diambil/dituntut dengan haq2 daripada qisas dan ganti harta dll..

FASAL

Dan barang siapa yang dikehendaki/dituju dengan sakit pada dirinya,atau hartanya atau ahlinya maka bergaduh ia dan telah membunuh ia maka tiada gantirugi atasnya..





















Dan wajiblah  atas penunggang binatang itu gantirugi barang yang telah membinasa akan dia oleh binatangnya...

والله أعلم

حد السرقة






FASAL

Dan dipotong akan tangan orang yang mencuri dengan 3 syarat iaitu bahawa adalah pencuri itu orang yang dah sampai umur yang beraqal, dan bahawa mencuri ia akan barang yang sampai nisab yang bermula nilainya 1/4 dinar daripada tempat simpan/peti seumpamanya, tiada milik baginya






















dalamnya, dan tiada syubhah/kesamaran dalam harta yang dicuri daripadanya.

Dan dipototng akan tangannya yang kanan daripada tempat perceraian/sendi pergelangan tangan. Maka jika telah mencuri ia pada kali kedua nescaya dipotong kakinya yang kiri (oergelangan kaki). Maka jika mencuri ia pada kali ketiga nescaya dipotong akan tangannya yang























kiri. Maka jika mencuri ia pada kali keempat maka dipotong akan kakinya yang kanan. Maka jika mencuri ia kemudian/selepas dairipada yang demikian itu nescaya dita'zir/ didenda akan dia. dan dikata orang dibunuh akan dia
















والله أعلم








فصل...خمر و شراب مسكر

FASAL

Dan barangsiapa minum ia akan arak atau minuman yang memabukkan dihad/disebat akan dia 40kali sebatan. dan harus bahawa sampailah dengan sebabnya akan 80kali atas rupa ta'zir (denda)
































Dan wajib had atasnya dengan salah satu dari dua perkara iaitu dengan saksi atau mengaku. dan tidak






























dihad akan dia dengan sebab muntah dan menghidu bau mulut.






Thursday 16 May 2013

كتاب الحدود.... باب الزنا





Kitab Hudud


dan bermula orang yang berzina itu atas 2 bagai :
1 - orang yang sudah berkahwin
2 - orang yang belum berkahwin
maka bermula orang yang sudah berkahwin itu hadnya rejam.






dan orang yang belum berkahwin hadnya 100 sebatan dan dibuang daerah setahun kepada 





jarak qasar atau lebih.

dan bermula syarat2 orang yang berkahwin itu 4 : sampai umur dan berakal dan merdeka dan pernah bersetubuh dalam nikah yang sah.
dan bermula hamba lelaki dan perempuan had keduanya separuh had orang yang merdeka.





dan bermula hukum liwat dan mendatangi binatang berkaki empat itu seperti hukum zina.
dan barangsiapa yang telah menjimak pada barang selain faraj maka didenda akan dia dan tidak sampailah dengan denda itu oleh sekurang-kurang


hudud.

fasal - dan apabila menuduh ia akan orang lain dengan zina maka wajiblah atasnya had qazaf hal keadaannya dengan 8 syarat : 
3 daripadanya pada yang menuduh dan iaitu bahawa adalah ia orang yang baligh lagi berakal dan bahawa tidak adalah ia itu bapa bagi yang dituduh.
dan 5 pada orang yang dituduh dan iaitu bahawa yang baligh yang berakal
yang merdeka yang terpelihara daripada had zina sebelum ini.





dan dikenakan had akan orang yang merdeka 80 sebatan dan hamba 40.

dan gugurlah had qazaf dengan 3 perkara : mendatangkan saksi




atau kemaafan daripada yang dituduh atau dengan sumpah laknat pada hak isteri.