mari kita pakat2 perkemaskan ibadah kita..jange duk percomey diri kito,kenderaan kito sahajo..kenderaan kito di sano lagi utamo
مقدمة
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
Thursday 16 May 2013
كتاب الحدود.... باب الزنا
Kitab Hudud
dan bermula orang yang berzina itu atas 2 bagai :
1 - orang yang sudah berkahwin
2 - orang yang belum berkahwin
maka bermula orang yang sudah berkahwin itu hadnya rejam.
dan orang yang belum berkahwin hadnya 100 sebatan dan dibuang daerah setahun kepada
jarak qasar atau lebih.
dan bermula syarat2 orang yang berkahwin itu 4 : sampai umur dan berakal dan merdeka dan pernah bersetubuh dalam nikah yang sah.
dan bermula hamba lelaki dan perempuan had keduanya separuh had orang yang merdeka.
dan bermula hukum liwat dan mendatangi binatang berkaki empat itu seperti hukum zina.
dan barangsiapa yang telah menjimak pada barang selain faraj maka didenda akan dia dan tidak sampailah dengan denda itu oleh sekurang-kurang
hudud.
fasal - dan apabila menuduh ia akan orang lain dengan zina maka wajiblah atasnya had qazaf hal keadaannya dengan 8 syarat :
3 daripadanya pada yang menuduh dan iaitu bahawa adalah ia orang yang baligh lagi berakal dan bahawa tidak adalah ia itu bapa bagi yang dituduh.
dan 5 pada orang yang dituduh dan iaitu bahawa yang baligh yang berakal
yang merdeka yang terpelihara daripada had zina sebelum ini.
dan dikenakan had akan orang yang merdeka 80 sebatan dan hamba 40.
dan gugurlah had qazaf dengan 3 perkara : mendatangkan saksi
atau kemaafan daripada yang dituduh atau dengan sumpah laknat pada hak isteri.
Subscribe to:
Posts (Atom)