مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Wednesday, 18 July 2012

متن الغاية و التقريب


  
Dengan nama الله yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Bermula segala puji itu istihqaq bagi الله tuhan sekalian alam dan selawat oleh الله atas penghulu kami محمد النبي dan keluarganya yang suci dan sahabatnya sekalian. Telah berkata القاضى أبو شجاع أحمد بن الحسين بن أحمد الأصفهاني semoga merahmati akan dia oleh الله تعالى : telah meminta akan aku oleh setengah daripada teman2 semoga memelihara akan mereka oleh الله تعالى bahawa membuat aku akan satu kitab yang ringkas pada feqah atas mazhab الإمام الشافعي bermula rahmat الله تعالى atasnya dan رضوانه pada sehabis2 ringkas dan sehabis2 mudah supaya jadi dekat atas pelajar oleh belajarnya dan jadi mudah atas yang baru memulai oleh ingatnya dan bahawa membanyak aku padanya daripada pembahagian menyimpan akan kesimpulan maka memperkenan aku akan nya kepada demikian hal keadaan aku menuntut pahala dan gemar kepada الله تعالى pada memberi taufiq bagi betul sesungguhnya atas barang yang menghendaki ia maha berkuasa dan dengan hamba2nya maha lemah lembut dan maha mengetahui.





kitab bersuci

bermula air2 yang harus menyuci dengan dia itu 7 air : air daripada langit, dan air laut dan air sungai dan air telaga dan air mata air dan salji dan hujan batu. kemudian air2 itu atas 4 bahagi : air yang suci lagi menyucikan lagi tidak makruh dan iaitu air mutlak dan air yang suci lagi menyucikan lagi makruh dan iaitu air musyammas ( air yang dipanaskan dalam bekas dengan kepanasan matahari)






dan air yang suci yang tidak menyucikan dan iaitu air yang telah digunakan pada mengangkat hadas dan air yang berubah dengan sebab barang yang bercampur ia akan dia daripada yang suci2 dan air najis



dan iaitu air yang jatuh didalamnya najis walhal ia kurang daripada 2 kolah atau adalah ia 2 kolah maka berubah ia.


dan bermula 2 kolah itu 500 kati yang bangsa baghdad lebih kurang pada perkataan yang terlebih sah.
فصل  bermula kulit bangkai itu jadi suci ia dengan samak melainkan kulit anjing dan babi dan barang yang terberanak daripada keduanya atau daripada salah satu daripada keduanya dan bermula tulang bangkai dan bulunya itu najis melainkan yang bangsa adam.
فصل  dan tidak harus menggunakan bekas2 daripada emas dan perak


dan harus menggunakan selain keduanya daripada bekas2.
فصل  bermula bersugi itu sunat pada tiap2 kelakuan/keadaan melainkan selepas gelincir matahari bagi orang yang berpuasa dan ia hal keadaannya pada 3 tempat itu tersangat kuat nisbah sunat : ketika berubah bau mulut daripada sebab diam yang panjang atau tinggal makan dan minum dan lainnya dan ketika bangun daripada tidur



dan ketika berdiri kepada solat.
فصل  bermula fardhu2 wudhu' itu 6 perkara : niat ketika membasuh muka dan membasuh muka dan membasuh 2 tangan kepada 2 siku dan menyapu sebahagian kepala dan membasuh 2 kaki kepada 2 bukulali dan tertib atas barang yang telah menyebut oleh kami akan dia.



dan bermula sunat2nya 10 perkara : membaca basmalah dan membasuh 2 tapak tangan sebelum daripada memasukkan keduanya ke dalam bekas dan berkumur2 dan memasukkan air ke dalam hidung dan menyapu seluruh kepala dan menyapu 2 telinga zahir keduanya dan batin keduanya dengan air yang baru 



dan menyelati janggut yang tebal dan menyelati jari2 2 tangan dan 2 kaki dan mendahulukan yang kanan atas kiri dan bersuci 3kali 3kali dan berturut-turut.